Serbuk Al-Manna Gum Arabic

Catatan nota fiber nutrisi Ameer bahawa getah pokok Akasia Senegal yang dikenali Gum Arabic atau Al-Manna Hashab dari Sudan mengandungi prebiotik semula jadi terbaik

Blog The Fiber Notes membuat catatan nota fiber nutrisi Ameer iaitu produk pertama keluaran syarikat Ameer Al Manna Sdn Bhd (Ameer) menampilkan Serbuk Al-Manna Gum Arabic – getah Arab Sudan (Al-Manna). Serbuk Al-Manna Gum Arabic keluaran Ameer juga dikenali ‘Al-Manna Ameer’ mendapat penerimaan yang baik di kalangan warga negara berikutan manfaat yang dimiliki getah pokok Akasia Senegal yang diketahui sebagai gred terbaik diakui secara saintifik antaranya mengandungi prebiotik semula jadi dan kalsium. Editor blog The Fiber Notes membuat catatan untuk kongsi nota fiber nutrisi Ameer terhadap serat Gum Arabic menerusi beberapa maklumat bacaan antaranya dari EFSA, FDA, FAO, JECFA dan WHO serta jurnal berkaitan Gum Arabic.

Nota Fiber Nutrisi Ameer – Gum Arabic Prebiotik Semula Jadi

Editor blog The Fiber Notes juga membuat bacaan dari beberapa laman seperti Edition CNN, Dabanga Sudan, The Guardian, Cam, iGards, WKU, NCBI, Clinical Trials, Journal Frontiersin, Orca, Usir Salford, Sciense Direct, Book Google, Tandf Online dan UniKL. Editor blog The Fiber Notes turut membuat bacaan dari jurnal antaranya ‘Gum Arabic: Properties, Uses, Competitors and Research’, ‘Journal of Physical Science,Vol.23(2), 43-53, 2012’, ‘Utilization of Gum Arabic for Industries and Human Health’, ‘Gum Arabic Yield of Acacia Senegal in Irrigated Plantations in Kenana Sugar Estate’, ‘The Acacia Tree: A Sustainable Resource for Africa’, ‘Gums, Resins and Latexes of Plant Origin’, ‘Gum Arabic Role in High Blood Pressure among Patients with Stage III Chronic Kidney Disease’ dan ‘Re-Evaluation of Acacia Gum (E 414) as a Food Additive’.

Editor blog The Fiber Notes membuat catatan kongsi nota fiber nutrisi Ameer bahawa Serbuk Al-Manna Gum Arabic – gred terbaik Akasia Senegal keluaran syarikat Ameer merupakan Gum Arabic atau getah Arab bermutu tinggi didatangkan secara ekslusif dari negara Sudan untuk dimanfaatkan. Serbuk Al-Manna Gum Arabic adalah 100 peratus asli dan halal. Proses yang dijalankan juga tidak melibatkan penggunaan bahan kimia dan pengawet. Serbuk Al-Manna Gum Arabic keluaran Ameer hanya melalui proses bungkusan semula atau packaging.

Nutrisi Fiber Keluaran Ameer Al Manna Sdn Bhd

Serbuk Al-Manna Gum Arabic dengan teknologi zip-lock

Pengguna di semua peringkat usia boleh memanfaatkan serbuk Al-Manna Gum Arabic yang dikeluarkan syarikat Ameer Al Manna Sdn Bhd. Bungkusan Serbuk Al-Manna Gum Arabic seberat 150 gram ini disediakan dalam bentuk pembuka khas yang dikenali sebagai teknologi zip-lock bertujuan memudahkan pengguna dalam aspek penyediaan dan penyimpanan. Tahap kehalusan serbuk getah Arab keluaran Ameer dicatat untuk kongsi nota fiber nutrisi Ameer sebagai getah pokok Akasia Senegal yang diproses dari ketulan menjadi serbuk kecil ke tahap lebih halus berbanding sesetengah serbuk Gum Arabic jenama lain.

Serbuk Al-Manna Gum Arabic mudah larut sepantas tujuh saat

Tahap kepantasan larut dalam air Serbuk Al-Manna Gum Arabic keluaran Ameer menyerlahkan perbezaannya berbanding jenama lain dengan mengambil masa secepat tujuh saat untuk larut selepas bancuhan dilakukan. Kelarutan pantas akan memudahkan penyediaan pengguna dan menjimatkan masa. Terdapat juga beberapa nutrisi campuran antara getah Arab dari kategori Akasia Senegal dengan tanaman akasia jenis lain yang ditemui di pasaran. Namun mengikut catatan kongsi nota fiber nutrisi Ameer, serbuk getah Arab yang dicampur ini akan mengurangkan kualitinya berikutan Gum Arabic terbaik adalah sepenuhnya dari gred Akasia Senegal.

Nota fiber nutrisi Ameer mencatat kategori Gum Arabic yang mendapat permintaan tertinggi dunia adalah dari jenis tanaman Akasia Senegal dan Akasia Seyal. Di antara kedua-dua jenis tanaman pokok Akasia ini, pokok Akasia Senegal (Gum Arabic) adalah yang terbaik. Penggunaan Gum Arabic Akasia Senegal lebih kepada produk makanan dan minuman berbanding Akasia Seyal yang banyak digunakan untuk industri bahan seperti percetakan, kosmetik dan tekstil. Getah Arab yang keluar dari batang pokok Akasia Senegal dan Akasia Seyal masing-masing mempunyai khasiat dan fungsi tersendiri.

Panggilan ‘Hashab’ di dalam sebutan Arab merujuk kepada Akasia Senegal, manakala panggilan ‘Talha’ merujuk kepada Akasia Seyal. Dari itu timbul panggilan ‘Al-Manna Hashab’ dan ‘Al-Manna Talha’ dari lidah warga Sudan khususnya. Nota fiber nutisi Ameer mencatat bahawa Eropah telah memasyhurkan getah Arab dengan gelaran Gum Arabic biar pun kadang-kadang penggunaan nama ‘Gum Arabic’ turut dikaitkan dengan tanaman Akasia jenis lain, malahan terdapat ratusan spesis Akasia di seluruh Afrika.

Nota Fiber Nutrisi Ameer Serbuk Al-Manna Gum Arabic Larut Sepantas Tujuh Saat

Perbezaan Al-Manna dan Al-Luban (kemenyan / frankincense)

Nota fiber nutrisi Ameer mencatat perdagangan getah Arab juga kemungkinan telah berkembang sebagaimana Kemenyan (Frankincense). Sebuah naskah berkaitan pengembaraan tokoh terkemuka Ibnu Battuta iaitu pengembara yang berasal dari Morocco yang memulakan karier penjelajahannya ketika pendahulunya – Marco Polo pengembara dari Italy baru sahaja meninggal dunia, sekadar satu contoh dari barpuluh karya berkenaan sejarah lampau yang menyelitkan sedikit perihal perdagangan kemenyan turut tercatat dalam ruangan karya Ross E. Dunn bertajuk ‘The Adventures of Ibn Battuta: A Muslim Traveler of the 14th Century’ bahawa kemenyan antara barang dagangan yang dikumpulkan di sebuah pelabuhan utama pada laluan laut yang menghubungkan Afrika – India. Kemenyan ini diambil dari daerah pedalaman dan diangkut ke India.

Sesetengah warga beranggapan kemenyan adalah getah dari spesis pokok yang sama dihasilkan sebagaimana sebagaimana Al-Manna. Editor blog The Fiber Notes membuat semakan untuk kongsi nota fiber nutrisi Ameer dan ternyata kedua-dua hasil semula jadi yang dikeluarkan dari batang dan dahan pokok ini berupa bentuk fizikal yang berbeza dan spesis berlainan. Getah Arab Al-Manna Hashab dihasilkan dari pokok Akasia Senegal, manakala kemenyan yang dikenali juga sebagai Al-Laban dihasilkan dari pokok Boswellia, bahkan ada yang memanggilnya sebagai Gum Arabic Frankincense biarpun Gum Arabic lebih popular merujuk kepada getah dari pokok Akasia Senegal dan Akasia Seyal.

Kekeliruan ini timbul kerana terdapat sedikit persamaan pada bentuk dan rupa antara getah Arab dari pokok Akasia Senegal dan getah (kemenyan) dari pokok Boswellia – Frankincense. Menurut catatan kongsi nota fiber nutrisi Ameer mengenai perbezaan getah pokok Acacia Senegal dan getah pokok Boswellia iaitu dari segi kandungan mineral. Getah Al-Manna (Akasia Senegal) lebih tinggi kandungan prebiotik dan sememangnya terkenal sebagai tumbuhan paling tinggi sumber prebiotik. Berbeza dengan getah kemenyan iaitu Al-Laban atau Frankincense (Boswellia) lebih dikenali sebagai makanan minda dan boleh dikunyah begitu sahaja.

Prebiotik ialah makanan Probiotik (bakteria baik) melawan bakteria jahat dalam usus

Getah pokok Akasia Senegal hanya boleh dikunyah di waktu awal pengeluarannya dari pokok. Catatan kongsi nota fiber nutrisi Ameer mendapati ia mula menjadi keras selepas beberapa tempoh dengan fizikalnya seperti batu kristal yang mana pilihan untuk memanfaatkan getah Arab yang telah mengeras dan berketul ini dilakukan dengan cara rendaman di dalam air (meresap) atau diproses menjadi serbuk (melarut) sebagaimana Serbuk Al-Manna Gum Arabic keluaran Ameer.

Perbezaan Gum Arabic atau getah yang keluar dari pokok Akasia Senegal (Al-Manna) dan getah kemenyan (Frankincense) dari pokok Boswellia (Al-Luban) boleh diperhatikan dalam beberapa keadaan luaran antaranya getah kemenyan lebih lembut dan kenyal seperti getah. Warna kemenyan juga lebih cerah dan putih berbanding sesetengah getah Akasia Senegal yang lebih gelap dan keras seperti batu kristal. Penjelasan nota fiber nutrisi Ameer membantu warga untuk mengenali perbezaan antara getah Al-Manna dan getah Al-Luban.

Perbezaan Al-Manna (Gum Arabic/ Acacia Senegal) dan Al-Laban (Kemenyan atau Frankincense/ Boswellia)

Serbuk Al-Manna Gum Arabic di Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia

Warga Malaysia samada di Semenanjung dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) berkongsi pengenalan nota fiber nutrisi Ameer bersama pengguna negara lain seperti Brunei Darussalam, Singapura, Thailand dan Indonesia dengan memanggil getah pokok Akasia Senegal ini kepada beberapa nama antaranya seperti Al-Manna, Gum Arabic, getah Arab, getah Arab Sudan, susu getah, gam Arab, gam akasia, akasia dan gula mentah. Selain itu, ramai yang menyebutnya sebagai serbuk prebiotik, serbuk kalsium, serbuk fiber, serbuk garam galian, serbuk mineral dan serat nutrisi.

Getah Pokok Akasia Senegal Dikenali Dengan Beberapa Nama

Inisiatif jana pendapatan menerusi Serbuk Al-Manna Gum Arabic

Kerabat pengguna Serbuk Al-Manna Gum Arabic keluaran Ameer bermula dengan inisiatif untuk mencuba sendiri sejauh mana manfaat dan faedah yang diperolehi dari amalan pemakanan prebiotik semula jadi ini. Catatan kongsi nota fiber nutrisi Ameer mendapati pengguna dapat merasakan perubahan pada diri dan tentunya markah tinggi diberikan untuk kesihatan yang lebih baik. Ia membawa kepada sebuah perkongsian bersama yang lain bahawa makanan semula jadi sangat baik untuk kesihatan dan boleh menjadi inisiatif untuk jana pendapatan.

Serbuk Al-Manna Gum Arabic berkongsi kebaikannya menerusi nota fiber nutrisi Ameer dalam pelbagai medium samada melalui iklan di media soal seperti blog, Instagram, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan melalui pendedahan fizikal seperti edaran flyers Ameer, pepanji (bunting) Ameer, meja booth Ameer, t-shirt Ameer, kalendar Ameer, jute bag Ameer dan sebagainya yang boleh dipilih untuk memilikinya secara pembelian berasingan atau tempahan untuk satu kotak nutrisi fiber Ameer – Bigbox Ameer Official dengan 50 produk pilihan dan hadiah merchandise bertujuan pengiklanan keluaran Ameer yang diberi percuma.

Peluang perniagaan Serbuk Al-Manna Gum Arabic asalnya bermula daripada beberapa faktor antaranya kesedaran masyarakat pengguna peri penting makanan berkhasiat, proses yang dijalankan pula mengekalkan unsur semula jadi seterusnya mendapatkan maklumat seperti catatan nota fiber nutrisi Ameer yang mendedahkan kebaikan prebiotik, kalsium dan nutrisi berbentuk serat yang membawa warga untuk mencuba mengamalkan Serbuk Al-Manna Gum Arabic, merasai sendiri perubahan bertambah baik yang dialami dan akhirnya berkongsi manfaatnya kepada yang lain seterusnya membuka peluang sebagai inisiatif untuk menjana pendapatan tambahan.

Super Jimat Hebat menerusi pembelian satu kotak nutrisi fiber Ameer #BigboxAmeerOfficial

Paparan lalu pendedahan kongsi nota fiber nutrisi Ameer untuk produk pertama keluaran syarikat Ameer Al Manna Sdn Bhd iaitu Serbuk Al-Manna Gum Arabic yang dikenali sebagai getah Arab gred terbaik (dari pokok Akasia Senegal) yang dihasilkan di Sudan mengandungi sumber prebiotik semula jadi paling tinggi untuk dimanfaatkan. Getah pokok yang bersifat cair, fizikal begitu hanya di saat awal pengeluarannya dari dahan dan batang pokok Al-Manna Hashab dan mula mengeras selepas itu menjadi berketul seperti batu kristal.

Catatan nota fiber nutrisi Ameer mendapati bahawa proses pengeluarannya hanya dengan melakukan sedikit goresan dengan alat seperti kapak atau tebuk dengan alat seperti penggerudi yang tertentu disediakan dan diberi latihan kepada pekerja ladang Al-Manna di Khortoum, Sudan. Walau bagaimanapun, getah (Gum Arabic) yang terbaik adalah yang keluar dari dahan pokok Akasia Senegal secara semula jadi (bukan goresan atau gerudi). Namun, faktor permintaan Gum Arabic tertinggi dunia tertumpu kepada Sudan, maka amalan pertanian dengan menggores dan menebuk dahan pokok Al-Manna Hashab dilakukan.

Di Malaysia, sebelum getah Arab dalam bentuk serbuk menjengah pasaran, getah dalam fizikal asal ketulan digunakan dan ditemui penjualannya. Kesukaran timbul bagi sesetengah pengguna kerana Gum Arabic ketulan memerlukan masa yang lama untuk meresap apabila rendaman ke dalam air dilakukan yang memerlukan tempoh masa semalaman untuk mencair secara keseluruhan. Namun dengan adanya getah Arab dalam bentuk serbuk, ia hanya memerlukan masa sepantas tujuh saat untuk larut di dalam air sebagaimana Serbuk Al-Manna Gum Arabic (Ameer) menurut catatan kongsi nota fiber nutrisi Ameer.

Seorang Petani di Ladang Al-Manna Sedang Menuai Hasil Getah Akasia

Kajian dan manfaat Serbuk Al-Manna Gum Arabic

Makanan berbentuk serat yang mengandungi prebiotik semula jadi paling tinggi – Gum Arabic, telah lama melalui kajian dan penyelidikan di nagara Eropah, Barat dan Timur Tengah. Nota fiber nutrisi Ameer mencatat manfaat dari gula mentah tanaman Akasia ini menjadi rujukan para sarjana dan saintis dalam usaha mencari formula untuk membantu mengatasi masalah yang melibatkan kesihatan. Kajian ini telah lama dilakukan sebelum wujudnya syarikat Ameer Al Manna Sdn bhd. Kajian dilakukan pada tanaman dan bukan pada mana-mana produk atau label dan jenama tertentu.

Nota fiber manfaat Akasia dalam masalah gangguan usus dan sembelit

Nota kajian Gum Arabic boleh dirujuk menerusi jurnal rasmi yang menjadi rujukan dunia antaranya FDA dan EFSA. Kajian yang dibuat bukan hanya dalam bilik makmal, bahkan manfaat dan keberkesanan Gum Arabic (Al-Manna) turut dibincangkan secara ilmiah di dewan kuliah universiti khususnya di Arab Saudi. Di Malaysia, terdapat beberapa institusi pengajian tinggi tempatan yang membuat kajian berkaitan Gum Arabic (Acacia Senegal dan Acacia Seyal) antaranya melalui jurnal yang diperolehi dari American Journal of Applied Sciences melibatkan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebansaan Malaysia (UKM).

Nota fiber manfaat Akasia dalam masalah gangguan kolesterol tinggi dan diabetes

Menerusi segmen kajian ini yang turut melibatkan profesor anak tempatan telah berjaya menjadikan Gum Arabic sebagai produk untuk kegunaan sebagai amalan pemakanan sihat rakyat Malaysia. Catatan kongsi nota fiber nutrisi Ameer mengambil maklum Serbuk Al-Manna Gum Arabic yang dikeluarkan syarikat Ameer Al Manna Sdn Bhd tidak mempunyai kesan sampingan pada penggunaannya yang betul. Getah Arab yang mengandungi prebiotik semula jadi ini menyediakan serat dan mineral yang tinggi seperti kalsium dan zat galian.

Nota fiber manfaat Akasia anti-bakteria dan antioksidan

Serbuk Al-Manna Gum Arabic keluaran Ameer menurut catatan kongsi nota fiber nutrisi Ameer bukan dalam kategori ubat-ubatan samada herba, tradisional dan moden termasuk bukan kegunaan untuk merawat, mengubati, menyembuh dan mendiagnosis sebarang penyakit. Serat ini hanya sekadar makanan nutrisi yang didatangkan khas dari negara Sudan tanpa melalui proses kimia melainkan proses dari ketulan ke bentuk serbuk halus yang mengandungi sepenuhnya serbuk Gum Arabic dari gred terbaik – Akasia Senegal. Manfaatnya Insya-Allah membantu tahap kesihatan ke arah yang lebih baik.

Antara makanan yang mengandungi sumber prebiotik dan probiotik

Dapatkan e-book percuma pengenalan asas apa itu Gum Arabic

Persoalan seperti apakah Gum Arabic? Adakah Gum Arabic berbahaya atau bermanfaat? Apakah sejarah Gum Arabic dan bentuk penggunaannya? Semuanya dijawab dalam sebuah catatan kongsi nota fiber nutrisi Ameer ‘e-book percuma Gum Arabic pro & kontra’ ini. Catatan ringkas nota pengenalan asas mengenai Gum Arabic ini diharap mampu memberi sedikit sebanyak info yang diperlukan warga. Catatan nota ringkas e-book ini juga dipersembahkan dalam bentuk umum – Apa itu Gum Arabic.

Pengunjung blog The Fiber Notes dan semua warga yang ingin memiliki ‘e-book percuma Gum Arabic pro & kontra’ boleh menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi sosial seperti WhatsApp atau Telegram dengan menaip ‘Gum Arabic’ dan dihantar ke nombor Stokis Ameer Kota Bharu di talian 014-507 5708. E-book ini juga boleh dihantar ke emel dan media sosial digital terpilih. Bersama kongsi nota fiber nutrisi Ameer dan dapatkan ‘e-book percuma Gum Arabic pro & kontra’ sebagai hadiah tahun baharu 2020 daripada editorial blog The Fiber Notes.

E-book percuma GUM ARABIC pro & kontra

Bagaimana untuk mendapatkan Serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer?

Kami adalah Stokis nutrisi keluaran Ameer bagi kawasan Kota Bharu. Anda boleh menghubungi kami melalui SMS/ WhatsApp/ Telegram di 014-507 5708 (Pn. Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Gum Arabic (RM30/150gram) Semenanjung dan (RM35) Sabah/ Sarawak. Selain itu, syarikat Ameer Al Manna Sdn Bhd juga mengeluarkan produk susu kambing prebiotik dengan kombinasi getah Arab iaitu Serbuk Al-Hawa Arabic Gum (RM30/250gram) Semenanjung dan (RM32) Sabah/ Sarawak. Produk seterusnya ialah Chia Seeds Organik (RM20/150gram) Semenanjung dan (RM22) Sabah/ Sarawak. Kongsi nota fiber nutrisi Ameer mencatat penghantaran produk dibuat melalui courier Pos Laju Malaysia dan courier lain seperti J&T dan ABX apabila perlu. Kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi Kota Bharu dan sekitarnya seperti Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Pengkalan Datu, Pasir Tumboh dan Tunjong.

Untuk tempahan dan pertanyaan Serbuk Al-Manna Gum Arabic boleh hubungi di talian 014-507 5708

Published by thefibernotes

Stokis Nutrisi Ameer Kota Bharu (014-507 5708). Produk keluaran Ameer ialah Serbuk Al-Manna Gum Arabic (Getah Arab Sudan), Serbuk Al-Hawa Arabic Gum (Susu Kambing Organik Holland) dan Chia Seeds Organik (Biji Chia Mexico Amerika). - Nota Fiber

2 thoughts on “Serbuk Al-Manna Gum Arabic

Leave a reply to Abdul Razak Mohamed Cancel reply

Design a site like this with WordPress.com
Get started