Kalendar nota fiber nutrisi Ameer 2020

Kalendar Ameer 2020 dengan jadual waktu solat dan nota

Menjelang tahun baharu 2020 Ameer Al Manna Sdn Bhd telah mengeluarkan kalendar nota fiber nutrisi Ameer 2020 atau kalendar Ameer 2020. Tampil dengan header kalendar menarik dan kini telah sampai ke meja editor blog The Fiber Notes setelah membuat pembelian satu kotak nutrisi fiber #BigboxAmeerOfficial sebagai langkah permulaan pengenalan kepada kemunculan packaging baharu Serbuk Al-Hawa Arabic Gum yang kini diberi nama Susu Kambing Prebiotik iaitu susu kambing asli organik yang masih mengekalkan isi kandungannya dari wilayah Holland di negara Netherlands (Belanda).

Kalendar Ameer 2020 selain tarikh tahunan dan peristiwa penting, turut memaparkan jadual waktu solat dan ruangan kongsi nota fiber nutrisi Ameer. Kotak catitan nota ini memudahkan pengguna untuk mencatat perkara penting sebagai makluman. Pengenalan ringkas nota fiber nutrisi Ameer juga disertakan disamping memaparkan tiga imej produk iaitu Serbuk Al-Manna Gum Arabic, Susu Kambing Prebiotik dan Chia Seeds Organik. Ruangan kosong untuk diisi nombor telefon ejen atau stokis juga disediakan di samping menyertakan alamat syarikat Ameer Al Manna Sdn Bhd.

Lebih menarik lagi, Encik Ameer selaku pengasas Ameer Al Manna Sdn Bhd mengimbau nostalgia semasa menuntut di Prague, Republik Czech (Eropah Tengah) dengan menyelitkan gambar bandar Bohemian Cesky Krumlov dalam kalendar Ameer 2020. Bandar Bohemian Cesky Krumlov yang terletak di sempadan selatan negara Republik Czech berada berhampiran sempadan dengan negara Austria dan Jerman.

Pemandangan Old Town Cesky Krumlov dari udara sungguh indah dengan bumbung jubin merah dan landskap yang unik di sepanjang liku-liku sungai Vltava yang kini terus menjadi daya tarikan para pelancong untuk ke bandar Cesky Krumlov. Keunikan bandar Cesky Krumlov telah diklasifikasikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Suasana semula jadi di bandar Cesky Krumlov ditambah dengan pengaruh sentuhan seni bina dari zaman medieval Gothic, Renaissance dan Baroque menjadikan bandar Cesky Crumlov antara seni bina terbaik di Eropah Tengah.

Kalendar Ameer 2020 dihadiahkan kepeda penerima yang membuat tempahan sebanyak satu kotak nutrisi fiber Ameer yang memuatkan 50 produk mengikut pilihan tempahan samada tempahan nutrisi tunggal atau campuran produk seperti Serbuk Al-Manna Gum Arabic, Serbuk Al-Hawa Arabic Gum (Susu Kambing Prebiotik) dan Chia Seeds Organik. Blog nota fiber nutrisi Ameer memanggil kotak ‘gergasi’ yang berisi 50 nutrisi fiber ini sebagai Bigbox Ameer Official.

Nota fiber nutrisi Ameer menggunakan hashtag #BigboxAmeerOfficial untuk memudahkan carian lebih lanjut oleh pengguna di media sosial berkaitan keistimewaan tempahan yang berharga RM850 ini termasuk enam hadiah menarik melibatkan Kalendar Ameer 2020, T-Shirt Ameer, Jute Beg Ameer, Bunting Al-Manna Ameer, Plastic Bag Ameer dan Flyers Nutrisi Ameer. Kongsi nota fiber nutrisi dengan sebuah lagi merchandise baharu keluaran Ameer – Kalendar nota fiber nutrisi Ameer.

Published by thefibernotes

Stokis Nutrisi Ameer Kota Bharu (014-507 5708). Produk keluaran Ameer ialah Serbuk Al-Manna Gum Arabic (Getah Arab Sudan), Serbuk Al-Hawa Arabic Gum (Susu Kambing Organik Holland) dan Chia Seeds Organik (Biji Chia Mexico Amerika). - Nota Fiber

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started